Kesatuan Sekerja perlu lebih kreatif dan fleksibeldalam pendekatan mereka untuk menarik keahlian dan mendekati generasi muda. <br /><br />Jelas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, beliau bimbang akan tahap penyertaan pekerja dalam kesatuan yang masih rendah di Malaysia iaitu pada kadar enam peratus.
